fbpx

DC Comics umum Superman LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam siri komik Superman terbaharu, Jon mempunyai hubungan romantik dengan rakannya, Nakamura. - DC Comics

NEW YORK –  Pengeluar komik ‘superhero’ popular,  DC Comics memperkenalkan watak Superman yang tergolong dalam kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menerusi siri komik terbaharu  adiwira tersebut.

Komik itu  memaparkan percintaan antara anak lelaki Clark Kent dengan rakannya.

Jon Kent yang merupakan  anak kepada Clark Kent (Superman asal) dan Lois Lane dalam siri yang akan dikeluarkan pada bulan depan, mempunyai hubungan intim dengan rakannya yang juga seorang wartawan, Jay Nakamura.

Menurut DC Comics, edisi Superman: Son of Kal-El isu lima itu bakal berada di kedai-kedai buku pada 9 November depan.

Sebelum ini, pada Ogos lepas, watak Robin dalam komik Batman turut diketengahkan sebagai lelaki songsang. Pesaing DC Comics, Marvel Comics mengumumkan watak LGBT pertamanya,  Captain Amerika pada Mac lepas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI