fbpx

Berwajah ‘naked’, Aespa tetap lawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AESPA

KUMPULAN yang sedang meningkat naik dan mencipta populariti ketika ini, Aespa menarik perhatian ramai peminat mereka berikutan beberapa gambar yang dimuat naik dalam internet.

Gambar-gambar berkenaan memaparkan semua anggota Aespa tidak mengenakan sebarang solekan sekali gus menyerlahkan kecantikan sebenar mereka.

Kesemua foto tersebut dikongsikan peminat di sebuah forum dalam talian yang menunjukkan perbezaan wajah keempat-empat anggota Aespa dengan solekan dan tanpa solekan.

Perkongsian berkenaan mencuri tumpuan peminat yang mengagumi kecantikan sebenar Aespa walaupun berwajah ‘naked’ iaitu tanpa secalit solekan.

Malah judul artikel yang dimuat naik dalam forum berkenaan iaitu ‘Mereka menyerlah ketika bersolek dan tetap cantik walaupun tanpa solekan. Semua anggota Aespa memang cantik’ turut dipersetujui ramai peminat.

Rata-ratanya bersependapat bahawa Aespa sememangnya memiliki kecantikan semula jadi yang tidak perlu dipertikaikan.

“Orang yang memang sedia cantik tidak perlu sebarang solekan. Saya memang tak dapat nak bezakan gambar mereka yang bersolek ataupun tidak,” puji seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI