fbpx

Ayah teruja dapat balik rumah bini muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar oleh @ina.azalea berkongsi momen-momen gembira ayahnya dihantar pulang ke rumah isteri muda sejurus larangan rentas negeri ditarik semula.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik-detik gembira ayahnya ketika dihantar pulang ke rumah isteri muda sejurus larangan rentas negeri telah ditarik semula.

Menerusi perkongsian video oleh @ina.azalea di laman aplikasi TikTok, ibu kepada wanita tersebut turut membekalkan makanan dan duit belanja ke rumah isteri muda dan bapanya juga dilihat tidak berhenti tersenyum disakat oleh anak perempuannya.

Berdasarkan video berdurasi 2 minit 37 saat itu, ayahnya kelihatan tersenyum gembira sejurus tiba di hadapan rumah isteri muda seperti tidak sabar untuk berjumpa bersama isteri keduanya itu selepas sudah lama tidak berjumpa.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian orang ramai.

“Macam inilah sepatutnya berpoligami, orang kita sekarang dah kantoi baru nak kata poligami, tapi tanggungjawab dah kelaut,” kata @Sya.sya.

“Mungkin balik rumah isteri muda, lepas ini dia lebih rasa gembira dan rasa sihat, semoga ayah awak semakin bertambah sihat selepas ini,” jelas @Andak282.

“Bila anak-anak yang dah besar pun bagi kerjasama memang lagi mudah, bagus tak ada asyik tengok orang dan ‘label’ macam-macam isu poligami ini,” ujar @abdullahnor311.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 706,500 tontonan dan 27,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI