fbpx

Aktivis didakwa buat komunikasi jelik hina Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayalan ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Aktivis media sosial S.Dayalan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat komunikasi jelik menghina bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laman sosial Facebooknya, Mei lalu.

Bagaimanapun Dayalan ,41, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang juga Pengerusi Pasukan Perkerja Malaysia – Singapura mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, Dayalan didakwa secara sedar dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya terhadap bekas Perdana Menteri itu untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkhidmatan Facebook dengan menggunakan nama profil ‘Dayalan Sreebalan’

Hantaran itu dibuat pada 30 Mei 2021 pukul 10.03 malam yang kemudian dibaca pada 2 Jun 2021 pukul 7.15 malam di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap OKS.

Bagaimanapun peguam M.Dinesh yang mewakili OKS memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu dengan alasan anak guamnya adalah penanggung utama keluarga selain memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan kes dijalankan.

Mahkamah kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Tarikh 19 November ini ditetapkan sebutan semula kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI