fbpx

Qi Xuan lakar kejutan pada aksi Piala Uber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QI XUAN nyata gembira selepas menewaskan Christopherson 18-21, 21-18, 21-15 untuk meraih mata tunggal ketika Malaysia tewas 1-4 kepada Denmark pada aksi peringkat Kumpulan D Piala Uber kelmarin.

PEMAIN perseorangan wanita negara, Eoon Qi Xuan menyuarakan rasa terujanya selepas berjaya membenam pemain No. 23 dunia dari Denmark, Line Christopherson 18-21, 21-18, 21-15 pada aksi peringkat Kumpulan D Piala Uber malam kelmarin.

Biarpun dibezakan jauh dari segi ranking, namun pemain yang berada di kedudukan ke-123 du­nia itu menjadi penyumbang mata tunggal negara ketika Malaysia tewas 1-4 kepada Denmark.

Katanya, walaupun sedar dengan kemampuan dimiliki pemain lawan, Qi Xuan berjaya menampilkan aksi terbaiknya lebih-lebih lagi tampil di gelanggang tanpa sebarang tekanan.

“Secara jujur, memang ada rasa sedikit tekanan kerana berdepan lawan yang berada di ranking lebih tinggi, tetapi saya cuba bermain seperti biasa dan tidak fikir banyak mengenai dia.

“Ketika kalah set pertama, saya cuba kuatkan mental dan bangkit pada set kedua sebelum menang dalam aksi penentuan. Mungkin turun sebagai underdog menjadi kelebihan kepada saya pada perlawanan tersebut,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

Mengulas lanjut pertemuan dengan Christopherson, Qi Xuan menjelaskan, dia lebih banyak bermain secara bertahan dan hanya menunggu peluang terbaik untuk meraih mata.

“Memang gembira untuk menang dan sumbang mata kepada pasukan. Saya gunakan strategi bertahan kerana lawan seorang pemain yang tinggi dan lebih banyak melakukan serangan, jadi saya fikir itu sahaja cara untuk menentangnya.

“Saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang tidak putus-putus memberikan sokongan pada perlawanan tersebut. Kami perlu kekalkan fokus untuk perlawanan akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI