fbpx

Penggunaan katil ICU Covid-19 Pulau Pinang menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat kes Covid-19 di hospital-hospital di negeri ini yang pernah mencecah 100 peratus kini menunjukkan trend penurunan iaitu kepada 83.3 peratus setakat semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berharap trend itu mencecah sehingga paras 50 peratus bagi membolehkan Pulau Pinang beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun tambah beliau, sekiranya terdapat keperluan bagi pertambahan katil ICU, Jabatan Kesihatan negeri bercadang membuka empat lagi katil ICU masing-masing di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Medan Hospital Pulau Pinang secara berperingkat.

Katanya, di samping itu, pembinaan 10 katil ICU di Hospital Medan Hospital Kepala Batas sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung bulan ini.

“Pulau Pinang mencatatkan penurunan kes kepada tiga angka dan di bawah jumlah 600 sejak dua hari lalu, namun kita mesti menjaga prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kon Yeow, kemudahan sedia ada di hospital awam dan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) akan dikekalkan untuk sementara waktu sehingga penilaian trend kes Covid-19 di fasa endemik kekal stabil.

“Aktiviti survalen bakal dipertingkatkan untuk mengenal pasti trend penyakit bagi memastikan tindakan susulan awal dapat diambil,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI