fbpx

Mahkamah benarkan permohonan pasport Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) selepas prosiding permohonan pasportnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasport bagi mendapat rawatan di Munich, Jerman.

Kebenaran itu dikeluarkan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa selepas mendengar permohonan itu daripada pihak pembelaan.

Peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal mewakili Ahmad Zahid ketika ditemui di pekarangan mahkamah memberitahu, kebenaran pasport itu bagi membolehkan anak guamnya itu mendapatkan rawatan sakit tulang belakang yang dialami di Munich, Jerman.

“Di sini mahkamah sudah benarkan (mendapatkan pasport), cuma di Kuala Lumpur ( Mahkamah Tinggi) petang ini.

“Dia ( Ahmad Zahid) akan pergi selepas perbicaraan di sini ( 22 Oktober depan). Tidak (tunda bicara),” katanya kepada pemberita hari ini.

Permohonan pasport Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah dari 26 Oktober dan akan mengembalikannya ke mahkamah pada 21 November sama seperti permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah dimasukkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada 22 Ogos lalu kerana kecederaan bahagian tulang belakang yang dialami selepas terjatuh.

Ahmad Zahid yang merupakan Presiden UMNO sebelum ini didakwa atas 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melanjutkan kontrak sebuah syarikat sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN.

Dia juga didakwa tujuh pertuduhan lain mendapat untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai SGD1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI