fbpx

Mahkamah benar permohonan pasport Ahmad Zahid untuk dapat rawatan di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan pelepasan sementara pasport Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagi membolehkannya untuk mendapatkan rawatan di Munich, Jerman.

Ahmad Zahid telah memohon pasportnya dilepaskan pada 26 Oktober dan akan dikembalikan pada 21 November ini.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan itu dengan menetapkan syarat tambahan iaitu Ahmad Zahid perlu mengemukakan dua penjamin.

“Permohonan dibenarkan untuk tujuan pembedahan dan hanya tertakluk rawatan di Jerman,” kata Hakim itu.

Terdahulu pada prosiding pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa turut membenarkan permohonan yang sama.

Sebelum ini pada prosiding Jumaat lalu, peguam Hamidi Mohd. Noh memaklumkan kepada mahkamah rawatan yang dijalani sekarang tidak cukup untuk mengurangkan kesakitan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun tidak membantah dengan permohonan tersebut.

Ahmad Zahid telah dimasukkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada 22 Ogos lalu kerana kecederaan bahagian tulang belakang yang dialami selepas terjatuh.

Mahkamah pada sama kemudian telah memanggil doktor yang merawat Ahmad Zahid untuk hadir di mahkamah untuk menjelaskan keadaan perubatan presiden Umno itu.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI