fbpx

Lori tangki terbakar sebabkan kesesakan tiga kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah lori tangki yang terbakar di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira tiga kilometer.

BENTONG – Orang ramai yang mula merentas negeri menuju ke arah Bentong hari ini terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas luar biasa di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan kejadian kebakaran sebuah lori tangki di Kilometer 67.6 di sini hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong, Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, laluan ke arah Bentong berkenaan ditutup kira-kira pukul 12.13 tengah hari susulan kerja pemadaman api yang dilakukan oleh pasukan bomba.

“Bomba yang menerima panggilan pada pukul 12.03 bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bahagian kepala sebuah lori tangki terbakar dan api merebak ke kawasan semak.

“Api kemudiannya berjaya dipadamkan pada pukul 1.55 tengah hari dan semasa kejadian tangki lori berkenaan adalah kosong,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian menyebabkan laluan menghala ke Kuantan terpaksa ditutup lebih dua jam sehingga menyebabkan kesesakan kira-kira tiga kilometer.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kejadian itu dan punca nahas masih disiasat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI