fbpx

Lelaki Pakistan didakwa bunuh kenalan wanita Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashmat Khan ketika dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

KAJANG – Seorang lelaki yang juga pemotong rumput warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kenalannya seorang wanita warga Indonesia di sebuah kedai makan dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Hashmat Khan, 23, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah membunuh Juli ,41, di sebuah premis di Jalan 1/1A, Bandar Rinching, Semenyih di sini pukul antara 25 September hingga pukul 7.33 pagi pada 28 September lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkaitan kes.

Dalam prosiding itu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! Online 28 September lalu melaporkan pemeriksaan menjejaki bau busuk di sebuah premis kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, di sini membawa kepada penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai telah mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tersebut pada pukul 7.33 pagi daripada orang awam yang mendakwa terhidu bau busuk dari dalam premis tersebut.

Menurut polis, pemeriksaan di lokasi telah menemui mayat seorang wanita warga Indonesia dalam keadaan tidak berpakaian dengan diselimuti kain.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kali terakhir mangsa dilihat adalah pada hari sebelum mayatnya ditemui ketika dia berniaga di kedai makan itu.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI