TENOM – Seorang lelaki ditemui lemas pagi tadi selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika keluar memukat ikan di Sungai Padas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tomani.
Mangsa, Zali Tun, 25, ditemui sekitar pukul 7.30 pagi oleh orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi penemuan sejurus menerima maklumat daripada orang awam.
“Pasukan paramedik terus melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 8.58 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.-K! ONLINE