fbpx

Kerajaan bersedia bantu industri gusti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia untuk membantu mengembangkan industri gusti profesional di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk tujuan itu.

“Saya kena akui saya sendiri tidak begitu mengetahui secara mendalam (mengenai gusti profesional).

“Kita bersedia bekerjama dengan badan-badan berkenaan gusti (profesional) kalau ada kaedah untuk membantu pertumbuhan industri itu.

“Boleh bawa persatuan gusti jumpa saya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) mengenai usaha kerajaan membantu industri gusti profesional tempatan seperti World Wrestling Entertainment (WWE) yang dikategorikan sebagai satu bentuk hiburan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI