fbpx

Janna tabik semangat wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

PETALING JAYA – Pelakon yang juga pengacara terkenal, Janna Nick mengakui bukan mudah untuk memikul tugas sebagai pengacara rancangan berbentuk ilmiah berbanding rancangan berbentuk hiburan yang pernah dikenalikan sebelum ini.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam Insta­Story miliknya, Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner, 26, mendedahkan bahawa dia hampir menitiskan air mata ketika mula-mula mengendalikan program Banteras Covid-19 kerana cabaran yang perlu dilaluinya.

“Mula-mula nak menangis buat program ilmiah (Banteras Covid-19). Sebab rasa susah dengan segala fakta, nombor, persekitaran yang panas dan ramai orang tengok,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas mengendalikan program tersebut secara out door untuk beberapa episod, pelakon drama Marry Me Senorita itu bersyukur apabila akhirnya dapat membiasakan diri dan selesa mengendalikan rancangan itu.

Pada masa sama, Janna turut melahirkan pengertian dan cabaran yang perlu dilalui para petugas media seperti wartawan apabila perlu menyampaikan maklumat secara stand upper di sesebuah lokasi.

“Baru faham perasaan wartawan di lokasi. Tabik hormat untuk semua wartawan di Malaysia,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann itu turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana memudahkan segala urusannya untuk mengendalikan program Banteras Covid-19 itu terutama cabaran untuk menghafal skrip.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI