fbpx

Gangguan bekalan air di ibu negara hampir pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Air Selangor memaklumkan bahawa status terkini pemulihan bekalan air di 50 kawasan terjejas di ibu negara sejak semalam kini telah mencecah 98 peratus.

Air Selangor menerusi satu kenyataan berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas akibat insiden paip pengepaman bocor di Rumah Pam Segambut semalam adalah berbeza bergantung kepada beberapa faktor.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Untuk mendapatkan maklumat insiden dari semasa ke semasa, pengguna boleh merujuk ke semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI