fbpx

Fury terus handal, nafi hajat Wilder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FURY (kiri) terus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kariernya sejak 2008 apabila berjaya menundukkan Wilder pada aksi semalam. – AFP

LAS VEGAS – Jaguh tinju ­Britain, Tyson Fury membuktikan dirinya adalah atlet terbaik bagi kategori heavyweight selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan seteru utama, Deontay Wilder de­ngan aksi knockout 11 pusingan semalam.

Pada aksi di Arena T-Mobile itu, Fury tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan tali pinggang WBC meskipun dicabar hebat oleh petinju kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu apabila dua kali tersungkur di atas gelanggang pada pusingan keempat.

Sebagai rekod, ini adalah pertemuan ketiga dalam karier melibatkan Fury dan Wilder selepas seri pada pertarungan pertama yang dilangsungkan tiga tahun lalu sebelum berjaya meraih keputusan technical knockout (TKO) pada aksi kedua, Februari tahun lepas.

Kata Fury, kemenangan tersebut membuktikan dirinya adalah atlet tinju heavyweight terbaik di dunia ketika ini apabila berjaya meraih keputusan 31-0 sekali gus tanpa tewas sepanjang kariernya sejak muncul secara profesional buat kali pertama pada 2008.

“Saya adalah petinju terbaik di dunia ketika ini dan Wilder layak berada di belakang saya selaku petinju No.2 dunia. Secara jujur, saya agak kesakitan sepanjang mengharungi pertarungan ini sehingga dua kali tersungkur di atas gelanggang kerana kekuatan tumbukan Wilder.

“Namun, saya akui ini adalah pertarungan yang adil kerana kami memberikan aksi yang terbaik di atas gelanggang dan inilah saingan paling sengit sepanjang tiga pertemuan kami sebelum ini secara tidak langsung melengkap­kan trilogi unggul.

“Selain itu, saya juga berharap kemenangan ini dapat menutup mulut pengkritik yang menyatakan bahawa zaman kegemilangan saya sudah berakhir kerana saya sentiasa boleh membuktikan tanggapan anda silap sepenuhnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI