PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca adalah cerah di semua negeri sekitar semenanjung pada pagi ini.
MetMalaysia dalam laporan kaji cuacanya hari ini berkata, keadaan cuaca yang baik ini dijangka akan berterusan sepanjang hari.
Menurut laporan itu juga, hujan dan ribut petir hanya dijangka akan berlaku di beberapa kawasan untuk negeri-negeri sekitar Pantai Timur semenanjung pada lewat petang sehinggalah ke waktu malam nanti.
“Tinjauan cuaca untuk negeri Sabah dan Sarawak pula, begitu juga keadaannya untuk kedua-dua negeri berkenaan keadaan cuaca dilihat cerah di hampir kesemua bahagian negeri Sabah dan Sarawak pada pagi ini dengan hujan kini hanya berlaku di sekitar kawasan pedalaman negeri Sarawak yang dijangka akan reda sedikit masa lagi.
“Untuk tinjauan sebelah petang pula, dijangkakan keadaan cuaca adalah cerah di hampir kesemua bahagian untuk kedua-dua negeri berkenaan dengan hujan dan ribut petir akan lebih tertumpu di sekitar bahagian pedalaman Sarawak pada lewat petang sehinggalah ke waktu malam nanti,” katanya.
Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora juga masih lagi berkuat kuasa bagi kawasan-kawasan perairan dan perkapalan di sekitar rantau negara melibatkan kategori pertama di Phuket, Condore, Reef South, Labuan dan Sulu.
Manakala amaran kategori kedua bagi kawasan di Palawan dan Reef North.
“Keadaan ini adalah bahaya untuk sebarang aktiviti perkapalan, perikanan, bot-bot kecil serta aktiviti sukan dan rekreasi laut yang lain,” ujarnya. – K! ONLINE