fbpx

Bukan saya yang ditahan – Syafie Naswip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIE menafikan dirinya adalah pelakon yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah semalam selepas ramai mengesyaki individu tersebut adalah dirinya.

PETALING JAYA – Gara-gara berada di Kuala Kangsar, Perak dan individu yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah semalam berstatus ‘pelakon’, nama aktor Syafie Naswip menjadi panas.

Disangka dia adalah individu yang ditahan, Syafie dihujani banyak pertanyaan dan mesej daripada rakan-rakan serta peminat yang inginkan pengesahan tentang berita tersebut.

Syafie, 29, tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Salam semua. Ramai yang DM (mesej) tanya adakah individu itu adalah saya. Memandangkan saya sedang jalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

“Jawapannya tidak. Ada beberapa produksi drama lain yang turut buat penggambaran di sana. Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” tulis Syafie.

PENJELASAN Syafie selepas namanya tiba-tiba panas selepas seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah ditahan dalam serbuan di Kuala Kangsar, Perak semalam disyaki kerana penyalahgunaan dadah.

Difahamkan, Syafie berada di Kuala Kangsar untuk penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral yang turut dibintangi oleh Alya Iman, Syafi Tee dan Fauziah Nawi.

Semalam, Syafie meluahkan rasa terkilannya apabila sebuah syarikat produksi mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di set penggambaran sehingga tercetusnya penularan virus Covid-19.

Menurut Syafie, dia kecewa apabila pihak produksi mengambil sikap lepas tangan termasuklah mahu meneruskan penggambaran meskipun selepas mengetahui salah seorang kru disahkan positif pada 1 Oktober lalu.

Sehubungan itu, penggambaran dihentikan selepas pihak Kementerian Kesihatan (KKM) meminta penggambaran ditangguhkan.

Seramai 10 orang individu termasuk Syafie dikuarantin di hotel sehingga Ahad (semalam) kerana menjadi kontak rapat. Dia bagaimanapun dibenarkan pulang selepas keputusan ujian calitan kali kedua adalah negatif.

Terdahulu, nama Syafie menjadi sebutan selepas seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah sebuah produksi yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah pada Ahad selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI