fbpx

Boleh vaksinasi di 98 fasiliti kesihatan swasta Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pemberian vaksinasi Covid-19 di sekitar Lembah Klang kini diperluaskan ke 98 fasiliti kesihatan swasta.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, ia adalah tambahan kepada 14 buah Klinik Kesihatan (KK) seperti yang diumumkan pada 1 Oktober lalu.

“Individu sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi Covid-19 atau yang belum sempat menerima dos kedua boleh mendapatkan imunisasi tersebut secara percuma di fasiliti kesihatan swasta itu.

“ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) juga telah membangunkan program tempahan vaksin untuk golongan dewasa yang bermula hari ini di fasiliti kesihatan swasta terpilih yang berdaftar di bawahnya,” katanya hari ini.

Katanya, buat masa ini, individu di Lembah Klang yang ingin mendapatkan janji temu vaksinasi mereka perlu menghubungi dan membuat tempahan dengan mana-mana 98 fasiliti swasta berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI