fbpx

Ashley minat beli Derby County

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHLEY

LONDON – Bekas pemilik Newcastle United, Mike Ashley dilaporkan berminat untuk membeli kelab Derby County selepas mendapat wang berjumlah £305 juta (RM1.7 bilion) hasil penjualan kelab lamanya itu.

Pengambilalihan pemilikan oleh konsortium yang diketuai oleh Dana Pemilikan Awam (PIF) Arab Saudi minggu lalu itu meng­akhiri penguasaan Ashley selama 14 tahun di St. James Park.

Menurut laporan, Ashley belum bersedia meninggalkan industri bola sepak apabila merancang untuk mengambil alih Derby County yang beraksi dalam sai­ngan Liga Kejuaraan ketika ini.

Derby County dilaporkan berdepan masalah kewangan yang meruncing sehingga menyebabkan semua perkara berkaitan urusan kelab itu digantung oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England pada awal musim ini.

Derby ketika ini memerlukan pihak luar yang bersedia untuk melabur atau mengambil alih keseluruhan pengurusan kelab berkenaan untuk membolehkan mereka kembali stabil.

Kelab yang dibimbing oleh le­genda Manchester United, Wayne Rooney itu dipotong 12 mata kerana kegagalan pihak pengurusan mengawal perjalanan kelab dan mereka kini berdepan penyingkiran ke sai­ngan Liga Divisyen Satu.

Perkhabaran yang dibawa oleh Ashley mungkin memberi harapan buat Rooney dan para pemainnya untuk terus memberikan aksi terbaik bagi memastikan mereka terus kekal di liga berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI