KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen dibenarkan berbahas di Dewan Rakyat tanpa memakai pelitup bermula hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kebenaran itu berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sepanjang persidangan kali ini dengan adanya ujian antigen dan sebagainya, tidak ada seorang pun positif.
“Dengan penilaian risiko, maka KKM membenarkan pelitup muka dibuka semasa perbahasan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.,
Azhar berkata, bagaimanapun Ahli Parlimen kena memakai semula pelitup muka pada kadar segera selepas berucap. – K! ONLINE