fbpx

50,000 dijangka kunjungi Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebuh Armenian di George Town merupakan antara lokasi tumpuan pelancong di Pulau Pinang. GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Sekurang-kurangnya 50,000 pelancong domestik dijangka mengunjungi Pulau Pinang pada hujung minggu ini selepas rentas negeri dibenarkan di seluruh negara bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kesemua pemain sektor pelancongan terutama industri perhotelan, restoran dan sebagainya telah bersiap sedia menyambut kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Pulau Pinang memang menjadi satu destinasi pelancongan pilihan dan kita sasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelancong akan berkunjung ke sini pada hujung minggu ini.

“Kami ingin menasihati semua pelancong agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangkan Covid-19 masih ada disekeliling kita,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Soon Hin lagi, tempahan bilik hotel juga dijangka meningkat sehingga 60 peratus pada hujung minggu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI