fbpx

2,286 pelajar IPT tidak boleh divaksin kerana masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini sentiasa turun padang meninjau operasi di PPV IPT yang tidak hanya memberi vaksin kepada warga universiti. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 0.2 peratus atau seramai 2,286 daripada keseluruhan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikenal pasti tidak dapat divaksin kerana menghadapi masalah kesihatan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, data tersebut berdasarkan maklumat yang diperoleh kementerian daripada IPT setakat 8 Oktober lalu.

“IPT disaran membantu pelajar ini bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas dalam situasi kritikal sekiranya kehadiran secara fizikal pengajar mahupun tenaga pengajar tidak dielakkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) berkenaan dakwaan pelajar yang tidak divaksin tidak dibenarkan memasuki kampus oleh pihak IPT.

Noraini berkata, proses pemantauan pergerakan yang lebih ketat akan dilaksanakan oleh IPT ke atas pelajar terbabit bagi memastikan mereka beada dalam kedaan yang baik.

Menurut beliau, pelajar terlibat akan menjalani ujian saringan RT-PCR tiga hari sebelum masuk ke kampus dan IPT juga digalakkkan membuat ujian saringan kendiri secara berkala ke atas mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI