fbpx

Sukarelawan Askar Wataniah maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan teksi yang dirempuh motosikal dinaiki Mohamad Khir di persimpangan lampu isyarat Geliga, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang anggota sukarelawan Askar Wataniah maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dengan sebuah teksi di Kilometer 156, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran simpang tiga lampu isyarat Geliga di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi, mangsa, Mohamad Khir Mohamad Fazeli Perkasa, 25, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman di sini.

Dia yang berasal dari Parit Sulong, Johor mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian teksi yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun dari arah Kuala Kemaman meneruskan perjalanan ke arah Kuala Terengganu sebaik lampu isyarat bertukar hijau.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki mangsa tiba-tiba datang dari arah Kemaman melintasi lampu isyarat tersebut sebelum merempuh bahagian kanan teksi tersebut.

“Impak rempuhan tersebut menyebabkan mangsa tercampak sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI