fbpx

Wilder sudah sedia lunas dendam lama berdepan Fury

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
wilder bersedia untuk membalas dendam ekoran kekalahannya kepada Fury dalam dua aksi sebelum ini. – AFP

LONDON – Deontay Wilder yang tewas teruk kepada Tyson Fury pada Februari tahun lalu mengakui telah melakukan persiapan rapi dan tekad untuk memulihkan reputasinya semula ketika berdepan juara heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) itu.

Sebagai persedian untuk berdepan Fury di Las Vegas malam ini, Wilder membuat keputusan drastik dengan memecat jurulatihnya, Mark Breland, selain melakukan latihan bersama petinju profesional lain untuk membantunya memperoleh hasil yang lebih baik di Las Vegas.

“Anda kini melihat seorang Deontay Wilder yang berbeza dan kembali remaja. Deontay yang dahulu tiada lagi, tetapi kini dia adalah petinju luar biasa.

“Saya tidak dapat menjelaskan kepada anda tetapi saya harus membuktikannya,” kata bekas juara WBC itu yang memiliki rekod 42 menang, 1 seri dan 1 tewas serta 41 KO.

Wilder menyifatkan kekalahan sebelum ini berpunca daripada beberapa faktor, antaranya tindakan Breland mencampur sesuatu dalam air minumannya.

Selain itu, Wilder turut mendakwa Fury menggunakan sarung tangan yang melanggar undang-undang pertandingan untuk membolehkannya me­raih kemenangan.

Wilder sudah melakukan segala-galanya untuk kembali menaikkan namanya semula dan melantik Malik Scott sebagai jurulatih baharunya dengan harapan dapat menumbangkan Fury di Las Vegas.

“Saya telah mengabadikan diri dan me­numpukan sepenuhnya masa untuk mencipta diri saya semula. Saya sudah bersedia memperkenalkan semula diri ini kepada dunia, pertaru­ngan ini adalah mengenai balas dendam dan mengembalikan semula ­reputasi saya,” ujarnya.

Kedua-dua petinju tersebut sepatutnya bertarung pada Julai lalu, namun Fury meminta pertarungan ditunda kepada Oktober kerana dijangkiti Covid-19.

Untuk rekod, Fury memena­ngi kedua-dua pertarungan terakhir mereka pada ­1 Disember 2018 dan 22 Februari 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI