fbpx

Wani Kayrie bijak berbakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI KAYRIE

KEBERADAAN penyanyi bertubuh genit ini bukan lagi boleh diibaratkan baru setahun jagung.

Namanya mula dikenali selepas menjuarai pertandingan nyanyian Kamilah Bintang pada 2010. Pada waktu tersebut, dia baru berusia 10 tahun dan menggunakan nama pentas Syazwani Sapari.

Menyepi seketika dari radar dunia hiburan, penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah itu kemudiannya meledak menerusi single pertama berjudul Jangan Jangan pada 2015 dengan pengenalan diri sebagai Wani Kayrie.

Lagu Jangan Jangan sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri, bahkan boleh dikatakan sebuah lagu berhantu buat Wani sehingga menjadi siulan anak-anak muda yang menggemari muzik berentak catchy.

Penyanyi muda berusia 21 tahun itu bagaimanapun tidak mahu hanya dikenali sebagai penyanyi semata-mata. Jiwa mudanya meronta untuk mengembangkan lagi bakat yang ada dalam dirinya.

Ibarat lumrah, ramai juga sebenarnya pemain industri hiburan akan beralih arah dengan tidak hanya tertumpu pada satu bidang kerana ingin mencabar diri melakukan sesuatu yang lain.

SELAIN menyanyi, Wani juga dikenali sebagai pelakon dan akan tampil dalam sebuah drama seram bertajuk Tahyul dengan memegang watak utama.

Pengacaraan

Daripada seorang penyanyi, dia kemudian melangkah ke bidang lakonan dan terkini, mencuba bidang pengacaraan dengan mengendalikan program Road To Success SPM 2020 di saluran pendidikan, Didik TV.

“Alhamdulillah. Selain menyanyi, saya juga minat untuk menjadi seorang pengacara, lebih-lebih lagi dengan mengendalikan program secara formal. Tidak ramai yang suka sebenarnya.

“Apabila diberikan tawaran untuk menjadi pengacara untuk Didik TV, saya anggap itu merupakan peluang untuk belajar memperbaiki gaya pengacaraan,” jelas Wani.

Ternyata pemilihan Wani atau nama lengkapnya, Syazwani Abdullah, 21, untuk mengendalikan program tersebut adalah satu keputusan tepat apabila dia mendapat pujian netizen dek kepetahan dan sikap profesionalnya ketika mengacara.

Ramai juga yang menyifatkan Wani sebagai seorang selebriti yang bijak dan mempunyai keyakinan sangat tinggi serta tidak teragak-agak menjawab pertanyaan lisan daripada audiens.

Bercakap tentang perjalanan seninya, Wani berkata, dia perlu bijak untuk membahagikan masa antara kerjaya nyanyian, lakonan, pengacaraan serta pelajaran memandangkan masih berstatus mahasiswa di Management & Science University (MSU).

“Sekarang jadual kerja saya memang padat lebih-lebih lagi selepas sektor industri seni dibenarkan kembali beroperasi.

“Saya akan susun jadual sebaik mungkin supaya tidak ada yang tercicir, sama ada pengajian mahupun karier,” jelasnya.

WANI tidak menyangka perkongsian tentang keputusan CGPA 3.42 yang diperolehinya satu dalam sesi pengajiannya di MSU baru-baru ini boleh menimbulkan prasangka dalam kalangan netizen sehingga dituduh riak.

Pintar

Sesibuk mana pun dengan kerjayanya sebagai anak seni, Wani tidak sesekali akan mengabaikan pengajiannya.

Buktinya, baru-baru ini heboh di media sosial apabila Wani berkongsi mengenai keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang baik dalam Instagramnya.

Biarpun bergelar artis, dia masih berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan apabila meraih CGPA 3.42.

Selain dipuji ramai, timbul pula isu apabila Wani diselar segelintir pihak dan didakwa bersikap riak dengan keputusan yang diperolehi.

Bagaimanapun, dia tidak mudah melatah dengan dakwaan yang dilemparkan, sebaliknya bersikap positif dengan isu tersebut.

Bagi Wani, dia bukan mahu bersikap riak, sebaliknya hendak membuktikan bahawa anak seni juga boleh berjaya dalam pelajaran.

“Saya berkongsi keputusan bukanlah mahu menunjuk-nunjuk, tetapi memberitahu, saya bukan fokus dengan kerjaya seni sahaja, sebaliknya tetap melunaskan tanggungjawab sebagai pemegang biasiswa Management & Science University (MSU).

“Jadi, pada masa yang sama, saya perlu juga membuktikan. Walaupun saya sibuk bekerja, tetapi tetap seimbangkan dengan pengajian,” jelas penuntut tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perniagaan itu.

Seperti kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, begitu juga dengan Wani.

Kecemerlangan yang diperolehi adalah hasil pergelutan masa dan tenaga, berbanding pelajar lain yang mengikuti pembelajaran secara sepenuh masa.

“Biarpun kelas dijalankan secara virtual, tetapi agak sukar.

“Jujurnya, jadual saya agak sibuk dan mencabar pada bulan ini.

“Saya perlu membahagikan masa untuk penggambaran yang tertangguh,” katanya yang sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri, Tahyul.

Kongsi Wani, jadual bekerja dalam industri hiburan tiada waktu spesifik.

“Habis sahaja kerja tidak kira walaupun tengah malam, saya tetap akan buat tugasan kuliah kerana perlu dihantar pada waktu yang ditetapkan.

“Memang tidak dapat dinafikan, ada segelintir netizen memandang rendah apa yang saya sedang lakukan sekarang.

“Lebih-lebih lagi saya menyambung pengajian dalam bidang yang tidak berkaitan dengan kerjaya industri hiburan.

“Tetapi tidak mengapa kerana saya ambil jurusan ini atas kemahuan dan kemampuan sendiri selepas berbincang dengan keluarga,” kata Wani.

WANI juga kini dalam proses untuk menyiapkan dua buah single baharu berentak rancak yang masih dirahsiakan judulnya daripada semua pihak.

Masih solo

Sekadar mengusik tentang status hatinya, sama ada sudah berpunya atau belum, Wani menegaskan bahawa buat masa ini, dia masih berstatus solo dan ‘available’.

Katanya, walaupun masih muda, dia mempunyai banyak komitmen penting yang harus diberi perhatian berbanding soal cinta.

“Saya ada banyak komitmen. Buat masa sekarang saya akan fokus pada karier dan pelajaran.

“Saya tidak mahu fikir tentang hubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Sebab saya ada keluarga yang perlu saya tanggung serta beberapa komitmen lain,” katanya.

Tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mengakhiri zaman bujang, Wani bagaimanapun meletakkan tempoh dalam masa lima tahun dari sekarang, dia bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri sesuai dengan kelayakan yang diperolehinya.

“Saya berharap masih relevan dalam industri dan diterima peminat. Tapi yang pasti, insya-Allah saya mahu membuka perniagaan send

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI