fbpx

Tunai hasrat arwah ayah untuk ketuai perbarisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrel Ishak

PORT DICKSON – “Arwah ayah mahu saya ketuai perbarisan tamat latihan perajurit muda.

Itulah amanat terakhir arwah ayah kepada penerima anugerah Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik, Azrel Ishak, 19 yang meninggal dunia pada bulan Mei lalu.

Kata anak bungsu dari enam adik beradik itu, dua bulan sebelum dia masuk latihan ayah ya menghidapi angin ahmar sehingga tidak boleh bercakap.

“Kata-kata ayah itu sentiasa saya ingat dan menjadi pendorong kepada saya untuk menjadi pelatih keseluruhan terbaik hari ini.

“Saya memang minat dalam bidang ketenteraan sejak dari kecil dan bila saya bagi tau hasrat untuk masuk tentera arwah ayah bagi reaksi gembira,” katanya ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 193/2021 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini hari ini.

Tambahnya, anugerah diperoleh itu juga untuk arwah ayah yang merupakan seorang bekas tentera laut.

“Saya bersyukur dapat merealisasikan hasrat arwah ayah walaupun kami tidak dapat meraikan bersama-sama,” tambahnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI