fbpx

Tumbuhan artifisial penyeri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUMBUHAN artifisial menjadikan suasana kediaman lebih segar dan berseri.

TERDAPAT pelbagai item dekorasi yang ditawarkan di pasaran untuk menghias kediaman agar tampil indah seperti diimpikan dan salah satu aksesori hiasan ialah tumbuhan atau pokok hiasan.

Kebanyakan orang memilih tumbuhan artifisial atau tiruan sebagai hiasan di dalam rumah kerana mudah untuk dijaga dan tahan lama berbanding pokok segar, malah kosnya juga lebih murah.

Tumbuhan artifisial merupakan item dekorasi yang sangat penting kerana dapat menghidupkan suasana dalam rumah supaya tampak lebih segar dan menenangkan pandangan mata.

Pengasas syarikat rekaan dalaman Skuad Dekorasi, Norbaya Ismail berkata, pemilik kediaman perlu bijak memilih tumbuhan artifisial yang bersesuaian sebagai hiasan rumah meliputi lokasi untuk meletakkannya, saiz dan warna.

“Elakkan meletakkan pokok artifisial terlalu banyak di dalam rumah, memadai meletakkan tiga jenis tumbuhan hiasan di dalam kediaman.

“Begitu juga dalam pemilihan warna, cukup sahaja tiga gabungan rona dalam satu pasu bagi mengelakkan nampak terlalu sarat dan menyakitkan mata,” tutur ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Tambahnya, rumah yang sudah padat dengan warna tidak sesuai dengan pokok hiasan berwarna-warni dan dicadangkan memilih pokok orkid berona putih bagi menyeimbangkan kembali situasi.

Pun begitu katanya, rumah minimalis pula sangat sesuai untuk dihias dengan pokok-pokok yang berwarna-warni bagi menyerlahkan kediaman itu.

TUMBUHAN bersaiz kecil sesuai diletakkan pada meja yang kecil.

 

Jelas Norbaya lagi, pokok-pokok hiasan bersaiz besar sesuai diletakkan di atas lantai di ruang tamu berdekatan dengan sofa yang tidak mengganggu laluan.

Tumbuhan bersaiz besar dan tinggi juga sesuai dijadikan sebagai aksesori hiasan bagi rumah berkonsep moden, industri dan Scandinavia.

Ujar wanita berasal dari Kuantan, Pahang itu, pokok-pokok bersaiz kecil pula sesuai diletakkan di atas meja makan dan meja kopi yang mana mudah untuk dialihkan sekiranya memerlukan ruang lebih besar untuk meletakkan barang di atasnya meja itu.

Pun begitu, pokok-pokok bersaiz sederhana besar seperti orkid juga boleh diletakkan di atas meja makan terutama di rumah berkonsep mewah bagi menaikkan seri dan ‘kekayaan’ kediaman tersebut.

“Penjagaan pokok artifisial sangat mudah iaitu hanya perlu mengelap habuk sekurang-kurangnya dua minggu sekali bergantung dengan keadaan rumah sama ada terdedah dengan habuk atau sebaliknya,” katanya.

ELAKKAN meletakkan pokok artifisial terlalu banyak di dalam rumah, memadai meletakkan tiga jenis tumbuhan hiasan di dalam kediaman.

Selain pokok artifisial, tumbuhan segar pula sesuai diletakkan di dapur kerana berdekatan dengan sink sekali gus memudahkan pemilik menyiramnya apatah lagi ruang tersebut lebih terdedah dengan cahaya matahari.

Tegasnya, ramai orang beranggapan aksesori hiasan merupakan sentuhan terakhir dalam membuat dekorasi kediaman tetapi mereka terlupa untuk meletakkan haruman di dalam kediaman.

Wangian diffuser dalam rumah itu bukan sahaja mencetuskan bau yang mewah tetapi menenangkan fikiran, membangkitkan mood dan menghilangkan stres.

Sehubungan itu, Skuad Dekorasi akan memastikan rumah-rumah pelanggan mereka diletakkan wangian diffuser sebagai sentuhan akhir, manakala botol pewangi tersebut yang direka dengan sangat cantik boleh dijadikan sebagai aksesori dekorasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI