fbpx

Teknologi pintar akan diperluas dalam sektor pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memastikan teknologi pertanian diperluaskan dalam sektor pertanian negara khususnya dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, teknologi pintar itu penting bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan tahap sekuriti makanan negara merentas semua subsektor agromakanan.

Beliau berkata, inisiatif ini termasuk menerima pakai kaedah pertanian berteknologi tinggi merangkumi analisis data raya (BDA), kecerdasan buatan (AI) dan internet benda (IoT).

“Pada masa sama, inisiatif sama juga akan menggunapakai peralatan tepat seperti dron, robotik dan sensor di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

“Di samping itu, kaedah pertanian pintar secara menegak dan tertutup akan diperluas dengan memanfaatkan tanah sedia ada dan bangunan terbiar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI