fbpx

Semua PPV di Perak akan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal (dua kanan) menuang minyak masak terpakai di dalam tong sempena pelancaran Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai (O-waste), di sini, hari ini. - MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

KAMPAR – Semua 25 buah pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri Perak akan ditutup secara berperingkat-peringkat bermula 1 Oktober lalu sehingga hujung bulan ini.

Ketika ini  sembilan buah PPV telah ditutup antaranya PPV di Kampar, Kinta (dua), Perak Tengah (tiga) dan Hulu Perak (tiga).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, langkah itu dilaksanakan selepas disyorkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Kebangsaan.

“Saya terlibat dalam mesyuarat dengan CITF Kebangsaan baru-baru ini yang mengesyorkan agar PPV ditutup pada bulan ini memandangkan sudah capai sasaran selain tiada orang datang.

“Kemungkinan PPV Stadium Indera Mulia di sini akan menjadi yang terakhir ditutup,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Darul Muttaqin, Malim Nawar di sini hari ini.

Mohd. Akmal berkata, bagi individu yang belum lengkap suntikan vaksin akan dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima dos kedua.

“Mereka yang belum selesai vaksin baru dos pertama akan dipanggil untuk ke klinik kesihatan yang berdekatan,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI