fbpx

Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto perkahwinan bapa pemilik akaun yang berkahwin dengan rakan baiknya sendiri. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menerusi aplikasi sosial TikTok mendedahkan rakan baiknya ketika sama-sama belajar di sekolah menengah kini merupakan ibu tirinya, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @fiithryyyy_22 itu, dia dilihat merakam gambar dengan salah seorang rakannya sambil memakai pakaian seragam sekolah yang sama.

“Rakan seperjuangan saya jadi ibu di rumah,” tulis keterangan pada video tersebut.

Wanita itu kemudiannya dilihat bergambar bersama seorang lelaki yang merupakan bapanya yang telah berkahwin dengan rakannya itu.

“Dia merupakan rakan sekelas saya di sekolah menengah dan ini pula adalah bapa saya.

“Mereka berkahwin pada 28 Ogos dan disatukan sebagai pasangan hidup,” demikian keterangan yang ditulis pada video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 7.8 juta kali.

Ruangan komen bagaimanapaun ditutup oleh pemilik akaun, mungkin bagi mengelak daripada menerima komen-komen yang kurang menyenangkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI