fbpx

Penambahan hakim syarie dilakukan mengikut keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Marzuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada salah seorang pemandu teksi di Pusat Khidmat Kampung Landak, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan tidak bercadang untuk menambah hakim syarie dalam masa terdekat selepas melihat jumlah sedia ada sudah mencukupi dalam usaha untuk memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara itu bukan satu keperluan mendesak ketika ini, namun ia akan dipertimbangkan pada masa akan datang.

“Setakat ini, terdapat 190 hakim yang bertugas di Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi dan Rendah yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan serta 98 orang di negeri-negeri guna sama.

“Kita akan mempertimbangkan penambahan hakim syarie pada masa akan datang, namun tiada pertambahan dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Dana Perlu Yayasan Wakaf Malaysia kepada 352 penerima terdiri daripada pemandu teksi lapangan terbang, nelayan, petani dan bekas penagih dadah di Pusat Khidmat Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Profesor Madya Dr. Amir Shaharuddin.

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, kerajaan sedang merangka untuk meningkatkan kompetensi hakim syarie supaya lebih kompeten dalam mengendalikan kes yang semakin mencabar.

Menurutnya, sebarang rancangan untuk menambah bilangan hakim syarie perlu dirancang dengan teliti termasuk mendapat maklum balas dari semua negeri. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI