fbpx

Pandelela Rinong dapat gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDALELA RINONG

KUCHING – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, adalah antara 17 penerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari jadi yang ke-85 hari ini.

Turut menerima anugerah sama dengan pemenang pingat perak dan gangsa Olimpik berusia 28 tahun itu adalah Senator Dr. Zaiedi Suhaili dan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Simoi Peri (ADUN Lingga); Majang Renggi (ADUN Samalaju) dan Gerald Rentap Jabu (ADUN Layar).

Mereka adalah antara 1,326 penerima anugerah daripada Tun Taib dalam satu Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung pada pukul 11.30 pagi di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Senarai anugerah telah diketuai oleh bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Sri Abang Ahmad Urai Hakim Abang Mohideen yang dianugerahkan darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’.

Darjah kebesaran yang sama turut diberikan kepada Allahyarham Dato Sri Pengiran Hipni Pengiran Annu yang merupakan bekas anggota Kabinet pertama Sarawak.

Selain itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, adalah antara enam orang yang menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Senarai penghormatan untuk sambutan ulang tahun TYT tahun ini merangkumi 16 jenis darjah termasuk Datuk Amar Bintang Kenyalang, Panglima Negara Bintang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang, Darjah Jasa Bakti Sarawak dan Panglima Setia Bintang Sarawak. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI