fbpx

Newcastle sah jadi milik PIF Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salman merupakan Pengerusi PIF Arab Saudi yang kini mengambil alih kelab Newcastle. – AFP

NEWCASTLE – Newcastle Uni­ted menjadi pasukan terkaya di dunia ketika ini selepas diambil alih secara rasmi oleh konsor­tium yang diketuai Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dengan nilai £300 juta (RM1.70 bilion).

Selepas lebih 18 bulan tertangguh, akhirnya konsortium itu yang turut dibarisi oleh PCP Capital Partners dan RB Sports & Media mengambil alih sepenuh­nya pemilikan Newcastle United daripada St. James Park Holdings Limited.

Gabenor PIF, Yasir Al-Rumayyan yang akan bertindak selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Newcastle United menyatakan kegembiraannya selepas berjaya menyelesaikan urusan pengambilalihan daripada pemilik terdahulu, Mike Ashley.

“Kami sangat gembira dan bangga untuk menjadi pemilik baharu Newcastle United, iaitu salah sebuah pasukan pa­ling terkenal dalam saingan bola sepak Inggeris. Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

Difahamkan, Newcastle secara automatik menjadi pasukan terkaya di dunia, jauh meninggalkan pasukan lain apabila jumlah kekayaan yang dimiliki PIF dilaporkan bernilai £320 bilion (RM1.82 trilion).

Sebelum ini, carta itu dikuasai pemilik Manchester City, Sheikh Mansour dengan aset bernilai £23.2 bilion (RM132.16 bilion) dan diikuti Dietrich Mateschitz yang memiliki RB Salzburg.

Berdasarkan laporan media tempatan, pengurus The Magpies, Steve Bruce bakal dipecat dan kerusi panas itu mungkin diisi oleh pengendali Leicester City, Brendan Rodgers.

Newcastle juga dikatakan sudah menyediakan senarai nama pemain bintang yang mahu dibawa masuk seperti Mohamed Salah, Erling Haaland, Paul Pogba, Raheem Sterling serta Kylian Mbappe untuk menjadikan pasukan itu antara pencabar kejua­raan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI