fbpx

Lisa dianaktirikan sebab bukan warga Korea Selatan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

BARU-BARU ini tular dalam media sosial apabila peminat Lisa Blackpink ‘mengamuk’ kerana artis kesayangan mereka didakwa tidak dibenarkan menyertai pertunjukan fesyen Bvlgari bertempat di Paris.

Memetik laporan Soompi, Ketua Pegawai Eksekutif Bvlgari menerusi hantaran dalam Instagram tampil menjelaskan punca sebenar ketidakhadiran Lisa semasa Minggu Fesyen Paris bersama tiga rakan kumpulannya yang lain.

Menurut Jean Christophe Babin, agensi naungan Lisa, YG Entertainment memaklumkan mereka lebih senang sekiranya penyanyi itu tidak menyertai pertunjukan fesyen tersebut kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Impaknya Lisa, 27, dikatakan terlepas peluang bertemu model dan pelakon ternama seperti Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti yang menghadiri acara berkenaan.

“Duta besar kami @lalalalisa berada di Paris, malangnya kerana Covid, agensinya lebih suka dia tidak menyertai majlis atau sebarang pertunjukan,” tulis hantaran tersebut.

Tidak terhenti setakat itu, peminat Lisa turut meluahkan kemarahan dan tidak puas hati mereka dengan bertindak mengecam YG Entertainment yang dilihat menganiaya penyanyi itu.

“Penganiayaan terhadap Lisa semakin keterlaluan, kami mahukan Lisa! Dia mungkin tidak akan bersuara tapi kami Lilies (kelab peminat) tidak akan berdiam diri mengenai hal ini.

“Perbezaan ini terlalu ketara bukan? Kenapa Lisa dihalang sedangkan tiga lagi ahli kumpulan dibenarkan?

“YG Entertainment selalu sabotaj Lisa kerana dia sangat terkenal dan warga Thailand. Harap Lisa buat keputusan terbaik saat tamat kontrak nanti,” luah peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI