fbpx

KWP sedia anjur program sukan, penganjuran acara berskala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan Kassim

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sudah bersedia untuk menganjurkan pelbagai program sukan dan penganjuran acara berskala besar sekali gus merancakkan kembali industri penganjuran acara dan program di Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, sekiranya ia dibenarkan nanti, KWP akan memberi apa sahaja bentuk sokongan dan bantuan kepada penganjur sukan dan pihak korporat.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur dan Putrajaya kembali menerajui program sukan dan acara di negara ini.

“Kami akan memudah cara program dan penganjuran itu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Katanya, jika program itu dibenarkan kelak, ia masih perlu mematuhi prosedur operasi tandard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada masa sama, Shahidan berkata, sebanyak 100 program dan aktiviti sukan dirancang sempena Hari Sukan Negara di peringkat Wilayah Persekutuan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI