PUTRAJAYA – Kes harian negara di bawah angka 9,000 dengan 8,743 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,332,221 kes.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook beliau di sini hari ini.
Bagaimanapun, maklumat berhubung jangkitan di negeri-negeri belum dimaklumkan serta masih menunggu kemas kini terkini pada laman web CovidNow. -K! ONLINE