fbpx

Jumlah pelajar sekolah ambil STEM bawah 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham ketika merasmikan Grand Final Cabaran Sains Negara 2021 Piala Pusingan Perdana Menteri anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan pelajar bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pada tahun lalu, bilangan pelajar terbabit masih lagi kurang daripada 60 peratus bahkan, tidak sampai separuh daripada angka keseluruhan.

“Laporan Kementerian Pendidikan tahun lalu menunjukkan hanya 47.18 peratus pelajar peringkat menengah atas di seluruh negara yang memilih bidang pengajian STEM,” katanya ketika merasmikan Grand Final Cabaran Sains Negara 2021 Piala Pusingan Perdana Menteri anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) secara maya hari ini.

Pertandingan kuiz tahunan berprestij itu sudah dianjurkan sejak 1983, manakala pada tahun ini sebanyak 706 pasukan sekolah dari seluruh negara menyertainya bermula 16 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Adham berkata, daripada jumlah pelajar STEM yang direkodkan kementerian itu, 26.6 peratus memilih bidang Latihan serta Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), manakala baki 20.51 peratus lagi merupakan pelajar aliran Sains Tulen.

“Bilangan kecil ini wajarlah ditambah agar kita boleh capai sasaran 60 peratus pelajar STEM menjelang 2030 bagi memastikan negara mempunyai bekalan bakat STEM yang mencukupi sejajar Matlamat Pembangunan Mampan ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 2030,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI