fbpx

Jangan guna gambar saya untuk promosi insurans – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELYANA

PETALING JAYA – Pernah memuji manfaat insurans, namun Elyana memberi peringatan kepada mana-mana ejen perkhidmatan terbabit supaya jangan sewenang-wenang mempergunakan nama dan gambarnya bagi tujuan promosi.

Penyanyi dan pelakon popular itu berkata, perbuatan sedemikian tanpa kebenaran dianggap sebagai cubaan untuk mengambil kesempatan terhadap situasi sukar orang lain.

“Kepada semua agen insurans yang mengambil kesempatan atas kesulitan saya, dengan menggunakan setiap video dan gambar saya tanpa meminta izin.

“Saya tidak izinkan sama sekali. Anda semua seperti tiada perasaan,” luahnya menerusi Insta Storynya, semalam.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, kini berada di wad sebuah hospital bagi menjalani sesi kimoterapi buat kali kedua.

Ibu kepada dua cahayamata itu sebelum ini merahsiakan keadaannya daripada orang luar, namun membuat pendedahan ketika diumumkan tersingkir daripada musim keempat Gegar Vaganza (GV4), pada November 2017.

Ketika itu dia memberitahu disahkan menghidap kanser kelenjar tahap dua selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah pada 2011.

Difahamkan kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badan lain termasuk rahim, hati dan pangkal paha.

Namun dua bulan lalu penyanyi Kalis Rindu itu memaklumkan berat badannya sudah menunjukkan peningkatan positif daripada 35 kilogram (kg) kepada 49kg.

Kansernya kini sudah memasuki tahap empat yang memerlukan kos kira-kira RM250,000 bagi lima kali rawatan sepanjang proses kemoterapi berjalan.

Biarpun berdepan dugaan, Elyana berjuang melawan penyakitnya dengan penuh semangat malah turut mendapat sokongan ramai menerusi komen yang ditunjukkan di media sosial.

Paling utama adalah sokongan mendapat suaminya, Khairul Anuar Husin dan dua puteri mereka termasuk anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI