SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan terus mengekalkan program ‘sporting campus’ dalam memastikan warganya kekal aktif bersukan.
Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, ini termasuk penganjuran sukan antara kolej dan fakulti, karnival sukan mahasiswa dan staf antara kampus selepas negara mencapai imuniti berkelompok.
“UiTM berbangga apabila berjaya melahirkan produknya yang berkualiti dengan menempa nama dalam arena sukan khususnya.
“Kehadiran lebih ramai atlet negara seperti Khairulnizam Mohd. Affendy dan Juni Karimah (sukan layar) yang kita anggap sebagai selebriti sukan di UiTM dapat membantu meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan warga universiti,”katanya ketika berucap pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat UiTM hari ini.
Tambah beliau, UiTM menawarkan program pengajian tinggi kepada atlet-altet sukan negara yang berkelayakan.
Jelas Roziah, ini termasuk pengajian peringkat diploma kepada atlet bola sepak wanita di samping 18 orang pemain bola sepak lepasan Akademik Mokhtar Dahari. -K! ONLINE.