fbpx

Harimau Malaya enggan dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE (tengah) berharap skuad Harimau Malaya tidak melakukan kesilapan sendiri pada perlawanan menentang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan malam ini.

MISI lebih sukar menanti skuad bola sepak kebangsaan menje­lang aksi persahabatan Tier 1 menentang pasukan ranking ­ke-84 dunia, Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan malam ini.

Pemain-pemain negara pas­tinya mahu melupakan episod duka selepas dibelasah 0-4 oleh Jordan sebelum ini dan peluang menentang Uzbekistan bakal menjadi titik kebangkitan untuk meraih kemenangan.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap semua pemain terutamanya barisan pertahanan menjadikan kekalahan kepada Jordan sebagai pengajaran bagi memastikan kubu pasukan negara lebih kebal.

Walaupun sedar dengan kemampuan yang dimiliki Uzbekistan, namun beliau menggesa pemain-pemainnya agar tidak takut untuk cuba melancarkan serangan ke arah pintu gol pasukan lawan.

“Ketika bertemu Jordan, kita melepaskan gol gara-gara kesilapan sendiri. Saya harap pemain-pemain sudah belajar sesuatu kerana Uzbekistan adalah pasukan yang jauh lebih baik berbanding Jordan.

“Apa yang saya mahu adalah semua pemain perlu bermain sebagai satu pasukan, tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Saya mahu kita turut menyerang pada perlawanan itu nanti,” katanya kepada pemberita menerusi sidang media dalam talian semalam.

Justeru, Cheng Hoe sedia untuk melakukan perancangan terbaik bagi memastikan pasukan negara tidak dibolosi dengan ja­ringan lebih besar memandang­kan jentera serangan pasukan lawan yang turut dibarisi penye­rang AS Roma, Eldor Shomurodov.

“Jika dilihat dari segi serangan, sememangnya mereka memiliki barisan lebih baik kerana menggunakan khidmat pemain-pemain yang berpangkalan di Eropah. Sudah tentu mereka ada kelebihan dan kualiti tersendiri.

“Oleh itu, kita akan berikan fokus dalam situasi bertahan kerana kita tidak mahu dibolosi dengan jaringan besar sekali lagi. Saya juga tidak mahu ada kesilapan individu lagi,” ujar bekas pengendali Kedah itu.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama, namun keputusan akan dibuat sebaik sahaja menilai prestasi semua pemain dalam sesi latihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI