fbpx

Beri peluang orang muda jadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini Ahmad bercakap kepada pemberita selepas meninjau program 'outreach' Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Parlimen Bagan Datuk hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI.

BAGAN DATUK – Semua pihak harus memberi peluang kepada Danesh Raj Nagarajan membuktikan kemampuannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) dalam menyuntik idea baharu yang memberi kebaikan kepada universiti itu.

Sehubungan itu, langkah untuk melantik golongan muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti awam lain mungkin akan dilakukan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pelantikan itu juga dapat memberi peluang dan ruang kepada suara orang muda dalam kepimpinan universiti.

“Danesh adalah alumni UM yang sangat aktif dan namanya dicadangkan oleh alumni itu sendiri. Selepas meneliti kriteria ditetapkan, kita bersetuju dan membuat pilihan melantik beliau sebagai mewakili alumni untuk membawa suara orang muda dalam memberi pendapat.

“Kita harus percaya kebolehan orang muda dan beri mereka peluang membuktikan kemampuan dalam membantu universiti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘outreach’ Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI