fbpx

73 gelandangan diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gelandangan dan warga asing yang diselamatkan tengah malam semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 73 gelandangan termasuk enam warga asing telah diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi-agensi lain dalam Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan di sekitar ibu negara tengah malam semalam.

Operasi tersebut dilaksanakan oleh DBKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWP) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

DBKL dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, pada operasi bersepadu terbabit seramai 73 gelandangan telah diselamatkan.

“Daripada jumlah itu seramai 67 orang adalah warga tempatan manakala bakinya berjumlah enam orang pula bukan warganegara.

“Kesemua sahabat jalanan yang diselamatkan ini telah dibuat ujian saringan kesihatan Covid-19 oleh pihak JKWP dan saringan air kencing oleh AADK,” katanya hari ini.

Jelasnya, mereka kemudian dibawa ke Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut oleh pihak yang berkaitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI