fbpx

6,762 tindakan tegas diambil JAS sehingga 21 September lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air sungai Kampung Kundur Hulu yang tercemar dipercayai disebabkan aktiviti sebuah kilang di Rembau baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,762 tindakan tegas telah diambil Jabatan Alam Sekitar dalam operasi penguatkuasaan ke atas premis yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dalam tempoh 1 Januari sehingga 21 September 2021.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antaranya tindakan tegas yang diambil adalah seperti kompaun, membuka kertas siasatan dan penggantungan lesen hasil daripada 15,344 (purata 1,700 sebulan) operasi penguatkuasaan yang dijalankan.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, 202 kertas siasatan telah dibuka dan 4,529 kompaun dikeluarkan.

“Dalam pada itu sebanyak 1,267 notis arahan turut diberi kepada pemilik premis selain 12 gantung lesen.

“Dua perintah larangan dan 750 penahanan operasi kelengkapan juga dikenakan ke atas premis yang didapati melakukan kesalahan sepanjang operasi penguatkuasaan dilaksanakan dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI