SETIU – Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas di muara Sungai Setiu berhampiran Kampung Mangkuk di sini hari ini.
Insiden menimpa ketiga-tiga mangsa yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu berkata, identiti mangsa dikenalpasti sebagai Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan adik lelakinya, Muhammad Aryyaj Faheem, 7.
“Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Nur Hayah, 11, yang dipercayai rakan dua beradik terbabit.
“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu di sini telah bergegas di lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.41 petang,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap bomba berkata, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Besut dan Kuala Terengganu.
Katanya, setakat ini, pencarian sedang dijalankan di sekitar muara sungai berkenaan dengan menggunakan bot. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929