fbpx

Tasik Temengor, Royal Belum dibuka kepada pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembukaan semula aktiviti pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum memberi kelegaan kepada pengusahanya.

GERIK – Setelah hampir 19 bulan terpaksa menutup operasi disebabkan pandemik Covid-19, Tasek Temengor kembali dibenarkan dikunjungi pelawat mulai hari ini bagi memulihkan semula aktiviti pelancongan di situ.

Kelonggaran bagi aktiviti pelancongan itu bagaimana pun tertakluk kepada beberapa syarat ditetapkan termasuk pematuhan (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tourism Perak Management Berhad dalam kenyataannya memberitahu, pengunjung yang ingin memasuki Taman Negeri Royal Belum pula disyaratkan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak yang hanya membenarkan aktviti memancing secara harian tanpa melibatkan bermalam selain khusus pada penduduk negeri ini sahaja.

Menurut kenyataan itu, hanya mereka yang telah lengkap divaksin dan perlu mengemukakan salinan sijil sah vaksinasi Covid-19 bersama borang permohonan permit serta kapasiti penumpang bot adalah 50 peratus daripada kapasiti sebenar.

“Akhirnya pengusaha produk pelancongan di Tasik Temengor terutamanya rumah bot (houseboat) dapat dapat menarik nafas lega apabila dibenarkan beroperasi semula bermula 8 Oktober (hari ini).

“Pembukaan sektor pelancongan ini memberikan sinar baharu kepada mereka yang mana secara tidak langsung dapat membantu mempertingkat ekonomi komuniti setempat setelah sekian lama suram akibat tidak menerima kunjungan daripada pelancong,” kata kenyataan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI