fbpx

Sharul Kamal, anak didik Akim sedia goncang Dunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Dunya yang dianggotai oleh Sharul Kamal selaku vokalis, Tuah Johari (bass) dan Odot (dram),

Tidak dinafikan sepanjang tempoh hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, industri hiburan tempatan sekadar bergendang dalam kesuraman, tidak banyak perkembangan baharu dapat dipalu.

Enggan terus dibelenggu kekosongan, penyanyi Akim Ahmad dan Stacy menerusi syarikat rakaman mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment mengorak langkah ke depan apabila menubuhkan kumpulan diberi nama Dunya.

Dianggotai tiga anak muda iaitu Sharul Kamal selaku vokalis, Tuah Johari (bass) dan Odot (dram), Dunya juga baharu saja melancarkan single sulung mereka berjudul Kuala Lumpuh pada 17 September lalu.

Kata Akim, idea penubuhan Dunya tercetus daripada vokalisnya, Sharul sekali gus menonjolkan sisi berbeza bekas peserta program Akademi Fantasia (AF2015) itu di persada muzik.

“Band Dunya lebih cenderung terhadap pop rock. Jadi, single pertama mereka Kuala Lumpuh juga bergenre sama.

“Dunya ditubuhkan atas keinginan Sharul untuk bergerak dengan band.

DUNYA tercetus daripada keinginan Sharul (tengah) untuk mengubah laluan karier dan mencuba sesuatu yang baharu setelah karier solonya hanya bergerak statik sejak bergelar peserta AF2015.

“Mungkin ini antara satu kreativiti yang nak ditonjolkan Sharul dalam berkumpulan. Kami pun cuba dapatkan ahli kumpulan lain, malah mereka gembira apabila dapat tahu vokalisnya ialah Sharul,” ujar Akim sambil memberitahu bahawa nama Dunya dipilih oleh isterinya Stacy.

Menurut Akim juga, Kuala Lumpuh berkisar tentang kehidupan sepanjang hampir dua tahun fasa pandemik Covid-19.

“Apa yang berlaku adalah sejarah buat seluruh dunia. Sebagai orang yang melihat proses penulisan lagu ini, saya berasakan sangat teruja dan gembira dapat bekerjasama dengan Bunga Cantik. Dia mempunyai idea yang dahsyat selain bakat dimiliki oleh anggota kumpulan Dunya,” katanya.

Menurut Akim, dia juga mempunyai rancangan masa panjang buat band Dunya selain mahu menerbitkan album buat mereka.

“Semoga perjalanan Dunya ini lebih jauh dan diterima baik oleh semua peminat muzik tempatan. Semoga kemunculan single pertama mereka juga mampu memperkenalkan lagi Dunya kepada penggemar muzik tempatan,” katanya.

Sementara itu, Sharul Kamal berkata, idea untuk bergerak secara berkumpulan sudah lama dan tidak menjangka disambut baik oleh Stacy dan Akim.

“Saya memang teringin nak buat persembahan atas pentas bersama band.

“Sebelum ini saya pernah ikut Drama Band dan Akim & The Majistret sebagai kru.

“Dari situ saya mengumpul segala semangat dan ilmu daripada mereka selama beberapa tahun untuk saya nak menubuhkan band.

“Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya tahun lepas. Ketika berjumpa Stacy, saya cakap nak buat sesuatu yang baharu. Lagi pula saya sudah bergerak solo lebih kurang enam tahun sejak keluar AF2015,” ujar Sharul.

BAND Dunya kini hadir dengan single sulung berjudul Kuala Lumpuh, ciptaan bersama Hang Nadim, Bunga Cantik dan Amin.

Memikirkan masa depan karier muziknya, Sharul bersedia mencuba pembaharuan bukan saja dari segi konsep penampilan, bahkan genre muzik yang dibawa. Dari situlah tercetusnya idea penubuhkan Dunya.

“Ketika itu masih belum ada lagu. Saya kuatkan hati beritahu Stacy. Kebetulan dia pun setuju sebab dia ada perancangan sama untuk saya. Jadi kami cari dan kumpul anggota kumpulan,” katanya.

Kelestarian Dunya sekali gus menzahirkan segala impian dan azam Sharul selama ini.

“Selepas macam-macam dugaan, rintangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terhasillah lagu Kuala Lumpuh dan dapat juga menyiapkan video muzik (MV). Alhamdulillah, azam saya nak ada band tercapai.

“Bukan sebab tengok orang lain ada band, saya nak ada band juga, tidak. Sebab saya pernah bekerja dengan band lain, jadi saya dapat rasa kena ada sesuatu atau geng.

“Lagi pun saya ingat lagi kata-kata bekas pengetua AF 2015, Edry KRU. Dia pernah cakap karakter saya lebih sesuai dengan band. Masa itu saya masih lagi kosong dalam bidang ini dan tak faham apa dia cakap.

“Jadi apabila sudah lama dan kenal ramai orang dan dapat banyak input, semakin lama saya kenal diri, jadi saya okey dan berasakan sampai waktu nak bergerak dengan band pula.

“Tak bermaksud saya tidak lagi bergerak solo, tetapi buat masa sekarang fokus terhadap band. Andai kata ada projek solo, saya akan buat,” katanya.

Single pertama dan video muzik (MV) rasmi lagu Kuala Lumpuh dilancarkan secara rasmi sejak 17 September lalu di saluran YouTube Rhythm and Rhyme Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI