fbpx

Saingan MotoGP 2022 lebih panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
perlumbaan MotoGP musim depan akan melibatkan 21 pusingan dan menjadi musim terpanjang dalam sejarah saingan berkenaan. – AFP

LONDON – Saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi tahun 2022 akan menjadi musim terpanjang dalam sejarah apabila kesemua pelumba akan menempuh 21 pusingan perlumbaan.

Pada musim 2020 dan 2021, saingan terpaksa disingkatkan daripada 20 pusingan kepada 18 pusingan perlumbaan dan ia rata-rata terpaksa dianjurkan di sekitar benua Eropah ekoran sekatan perjalanan dan prosedur ketat kesihatan di beberapa negara akibat pandemik Covid-19.

Antara perlumbaan yang terkesan dengan Covid-19 dan dibatalkan ialah GP Jepun, Austra­lia, Thailand dan Malaysia.

Pada musim depan, perlumbaan pembukaan akan berlangsung pada 6 Mac di Qatar dan apa yang mengejutkan perlumbaan kedua akan berlangsung di litar baharu iaitu di Grand Prix (GP) Indonesia pada 20 Mac.

Kali terakhir Indonesia menganjurkan perlumbaan MotoGP adalah pada tahun 1997 di Litar Sentul dan kali ini, Indonesia sudah menyiapkan litar baharu mereka di Mandalika, Lombok.

Perlumbaan di Finland dija­dualkan berlangsung buat kali pertama di litar baharu KymiRing pada 10 hingga 12 Julai.

Sementara itu, GP Argentina akan kembali menganjurkan perlumbaan pada April tahun berkenaan selepas dua tahun terpaksa menangguhkan penganjurannya itu akibat terkesan de­ngan ­Covid-19.

MotoGP akan kembali ke Eropah pada 24 April di GP Portugal dan diikuti enam perlumbaan lain yang akan berlangsung di Jerez, Le Mans, Mugello, Barcelona, Sachsenring dan Assen pada Mei serta Jun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI