fbpx

Purata 60 kompaun dikeluarkan langgar SOP di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

SHAH ALAM – Polis Selangor mengeluarkan purata 50 hingga 60 kompaun sehari kepada orang ramai yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri itu pada masa ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, walaupun orang ramai dibenarkan untuk merentas daerah, pemantauan tetap dijalankan bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP.

“Kita sekarang ini menumpukan pada pasukan pemantauan untuk mereka menentukan pematuhan masyarakat pada SOP.

“Kita perlu memikirkan untuk tempoh jangka panjang, selepas ini rakyat kena hidup bersama dengan Covid-19, maknanya dalam masa sekarang kita mahu melatih dan memberitahu masyarakat bahawa mereka perlu menjaga diri masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI