fbpx

Pertumbuhan 6.7% tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) mengunjurkan ekonomi negara akan kembali pulih pada tahun hadapan, seterus­nya merekodkan pertumbuhan kukuh keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.7 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi AMRO, Hoe Ee Khor berkata, untuk tahun ini, pihaknya menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada paras 4.1 peratus, lebih tinggi berbanding jangkaan Bank Negara Malaysia iaitu antara tiga dan empat peratus.

“Kita sedar Malaysia sememangnya dilihat bergelut untuk mengekang pertambahan kadar jangkitan Co­vid-19 tahun ini.

“Bagaimanapun Malaysia te­lah menjadi antara negara yang merekodkan kadar vaksinasi yang paling pantas di dunia dan ini dilihat merupakan faktor pa­ling penting untuk pemulihan semula ekonomi.

“Saya berpandangan ekonomi Malaysia mampu pulih kembali tahun depan,” katanya ketika membentangkan laporan terkini Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 2021 yang diadakan secara maya semalam.

Dalam laporan tersebut, AMRO telah menyemak turun jangkaan pertumbuhan ekonomi serantau tahun ini daripada 6.7 peratus kepada 6.1 peratus, di­sebabkan gangguan yang tercetus daripada penyebaran varian delta.

Bagaimanapun, ekonomi ASEAN+3 (ditambah Jepun, China, Hong Kong dan Korea) dilihat te­lah memperoleh momentum pemulihan dan akan kembali merekodkan pertumbuhan kukuh pada tahun hadapan, pada kadar lima peratus.

Inflasi pula dijangka mening­kat kepada 2.9 peratus pada 2022, daripada 2.4 peratus tahun ini.

Ee Khor berkata, kesemua negara anggota ASEAN dijangka mampu mencapai paras imuniti kelompok pada penghujung tahun ini, atau awal 2022.

“Antara risiko yang boleh menjejaskan pemulihan dalam tempoh jangka masa pendek ialah kemungkinan berlakunya lonjakan jangkitan di kawasan tertentu apabila wabak Covid-19 telah mencapai fasa endemik.

“Selain itu, risiko lain ialah tekanan kewangan dalam kalangan perniagaan dan isi rumah, selain ketegangan teknologi serta perdagangan seperti yang kita saksikan berlaku antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI