KUALA SELANGOR – Persimpangan Ijok hingga ke persimpangan Puncak Alam di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini, akan ditutup sementara selama tiga hari bermula Isnin depan.
Penutupan itu dilakukan bagi memberi laluan kerja pemasangan rasuk jambatan di Kilometer 3.0 oleh pihak Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
LATAR menerusi kenyataan memaklumkan trafik di laluan berkenaan akan dilencongkan ke jalan persekutuan dan penutupan itu akan dilaksanakan antara pukul 10 malam hingga 5 pagi pada Isnin hingga Rabu depan.
“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline LATAR di talian 03-61451515 atau pegawai WCE, Muhammad Nashrul Azri Mazlan di talian 013-6644761.
“Pengguna turut boleh merujuk kepada media sosial LATAR di laman Facebook (FB), Twitter dan Instagram,”katanya di sini hari ini.-K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929